Monday, 13 April 2015

MY MOOD


BLOODY MONDAY

BLUEDY TUESDAY

HOTTY WEDNESADAY

HAPPY THURSDAY

LAZY FRIDAY

MOODY SATURDAY

SLEEPY SUNDAY


Monday, 13 October 2014

ISU-ISU BERKAITAN PRIVASI

1. Isu keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi pengguna.
Contoh:
  • Pencerobohan terhadap sistem maklumat, merosakkan atau membuat perubahan terhadap sistem.
  • Penyebaran virus menerusi sistem internet.
2. Isu pencurian maklumat peribadi menerusi sistem maklumat.
3. Isu spamming iaitu email masuk memenuhi store penyimpanan data tanpa perlu pengesahan.
4. Berkaitan fungsi ticker, subscribe dan timeline dalam facebook yang membenarkan perkongsian data tanpa perlu pengesahan. 
 
 

PRIVASI

PRIVASI DALAM PENGGUNAAN INTERNET MELIBATKAN:
1. Perlindungan data
Ekripsi data untuk melindungi data dan pematuhan kepada standard keselamatan untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
2. Keselamatan data
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

UNDANG-UNDANG SIBER MALAYSIA

1.AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini - 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia.

2.AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA 1998
Membolehkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Mengambilalih kuasa perlesenan terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi.

3.AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1998
Digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Bertujuan meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.

4.AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997
Melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.

5.AKTA TELEPERUBATAN 1997
Membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

6.AKTA HAK CIPTA (Pindaan) 1997
Memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.

7.AKTA PERDAGANGAN ELEKTRONIK 2006
Mengiktiraf dari segi undang-undang semua transaksi yang dijalankan secara elektronik tetapi pada masa yang sama tidak menghalang transaksi secara konvensional. Turut menekankan aspek pelindungan pengguna itu penting bagi memastikan pengguna secara amnya mempunyai keyakinan untuk menjalankan transaksi secara elektronik.

8.AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007
Memperuntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan antara Kerajaan dengan orang awam seperti permohonan lesen dan pendaftaran dapat dijalankan secara elektronik untuk memudahkan urusan. mengiktiraf pelaksanaan aktiviti kerajaan secara elektronik, seperti pelaksanaan urusan Kerajaan melalui Internet atau kiosk contohnya MyEG.

 








KOD ETIKA KPM

1.Garis Panduan Norma Agihan Dan Tatacara Penggunaan Bagi Capaian Internet, E-Mel Dan Broadband Tanpa Wayar Bagi Tujuan Pengurusan Dan Pentadbiran
* Panduan pengagihan dan tatacara penggunaan bagi capain internet, e-mel rasmi dan brodband bagi kakitangan pengurusan dan pentadbiran KPM

2. Garis Panduan Mengenai struktur Tadbir Urus Jawatannkuasa laman Web/Portal KPM-Surat Pekeliling ICT Bil.2/2014
* Panduan Ketua-ketua Bahagian, /Jabatan/Agensi dan Badan Berkanun untuk merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman Web/Portal KPM


3.Pekeliling ICT Bil.1 /2012 Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi(DKICT) KPM Versi 2.0
* Menerangakan peraturan yang mesti dibaca, difahami dan dipatuhi. dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), KPM

4. Garis Panduan Penggunaan dan Pengurusan E-Mel KPM
*Panduan penggunann dan pengurusan e-mel KPM khususnya dalam pengurusan penghantaran okumen melalui e-mel












KEBURUKAN INTERNET

1. Ketidaktepatan maklumat
  • Mengelirukan fitnah
2. Sumber sebar virus
  • Contoh: Malware, Worm, Trojan
3. Isu keselamatan
  • Data diakses oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
4. Bahan yang tidak bermoral
  • Impak negatif kepada masyarakat.
5. Bazir masa dan lalai
  • Produktiviti pekerja merosot.

KEBAIKAN INTERNET

1. Perkongsian Maklumat
  • Tanpa bayaran dan had masa.
2. Jimat kos dan masa
  • Caj voice over internet protokol(VOIP) lebih murah
3.Iklan produk
  • Mudah dan lebih berkesan.
4. Pelbagai bentuk hiburan
  • Movie dan permainan online muzik.
5. Platform berkomunikasi
  • Telesidang video
6. Bersosial
  • Facebook, Twitter, Google + dan Instagram
7. Perkhidmatan
  • Perbankan, penerbangan, hotel dan pelancongan
8.Berita terkini
  • Dapat disampaikan dengan cepat.
9. Pendidikan atas talian
Melewati batasan ruang dan masa