1. Isu keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi pengguna.
Contoh:
- Pencerobohan terhadap sistem maklumat, merosakkan atau membuat perubahan terhadap sistem.
- Penyebaran virus menerusi sistem internet.
2. Isu pencurian maklumat peribadi menerusi sistem maklumat.
3. Isu spamming iaitu email masuk memenuhi store penyimpanan data tanpa perlu pengesahan.
4. Berkaitan fungsi ticker, subscribe dan timeline dalam facebook yang membenarkan perkongsian data tanpa perlu pengesahan.
PRIVASI DALAM PENGGUNAAN INTERNET MELIBATKAN:
1. Perlindungan data
Ekripsi data untuk melindungi data dan pematuhan kepada standard keselamatan untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
2. Keselamatan data
Semua
storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan
disimpan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
1.AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Merupakan
sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Menghuraikan
mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini - 10 objektif dasar
nasional bagi industri komunikasi dan multimedia.
2.AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA 1998
Membolehkan
penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan
dengan jaringan seperti internet. Mengambilalih kuasa perlesenan
terhadap spectrum penyiaran dan telekomunikasi.
3.AKTA TANDATANGAN DIGITAL 1998
Digubal
untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online
termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Bertujuan meningkatkan
e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana
pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan
dokumentasi secara online.
4.AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997
Melengkapkan
undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan
melalui jaringan komputer. Memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan
hukumannya.
5.AKTA TELEPERUBATAN 1997
Membolehkan
para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet
untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Memperuntukkan apa
yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan.
Membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.
6.AKTA HAK CIPTA (Pindaan) 1997
Memasukkan
unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Bermakna
apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah
terlindung di bawah Akta Hakcipta.
7.AKTA PERDAGANGAN ELEKTRONIK 2006
Mengiktiraf
dari segi undang-undang semua transaksi yang dijalankan secara
elektronik tetapi pada masa yang sama tidak menghalang transaksi secara
konvensional. Turut menekankan aspek pelindungan pengguna itu penting
bagi memastikan pengguna secara amnya mempunyai keyakinan untuk
menjalankan transaksi secara elektronik.
8.AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007
Memperuntukan
bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan antara
Kerajaan dengan orang awam seperti permohonan lesen dan pendaftaran
dapat dijalankan secara elektronik untuk memudahkan urusan. mengiktiraf
pelaksanaan aktiviti kerajaan secara elektronik, seperti pelaksanaan
urusan Kerajaan melalui Internet atau kiosk contohnya MyEG.
1.Garis
Panduan Norma Agihan Dan Tatacara Penggunaan Bagi Capaian Internet,
E-Mel Dan Broadband Tanpa Wayar Bagi Tujuan Pengurusan Dan Pentadbiran
*
Panduan pengagihan dan tatacara penggunaan bagi capain internet, e-mel
rasmi dan brodband bagi kakitangan pengurusan dan pentadbiran KPM
2. Garis Panduan Mengenai struktur Tadbir Urus Jawatannkuasa laman Web/Portal KPM-Surat Pekeliling ICT Bil.2/2014
*
Panduan Ketua-ketua Bahagian, /Jabatan/Agensi dan Badan Berkanun untuk
merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa
Laman Web/Portal KPM
3.Pekeliling ICT Bil.1 /2012 Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi(DKICT) KPM Versi 2.0
*
Menerangakan peraturan yang mesti dibaca, difahami dan dipatuhi. dalam
menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), KPM
4. Garis Panduan Penggunaan dan Pengurusan E-Mel KPM
*Panduan penggunann dan pengurusan e-mel KPM khususnya dalam pengurusan penghantaran okumen melalui e-mel
1. Ketidaktepatan maklumat
2. Sumber sebar virus
- Contoh: Malware, Worm, Trojan
3. Isu keselamatan
- Data diakses oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
4. Bahan yang tidak bermoral
- Impak negatif kepada masyarakat.
5. Bazir masa dan lalai
- Produktiviti pekerja merosot.
1. Perkongsian Maklumat
- Tanpa bayaran dan had masa.
2. Jimat kos dan masa
- Caj voice over internet protokol(VOIP) lebih murah
3.Iklan produk
- Mudah dan lebih berkesan.
4. Pelbagai bentuk hiburan
- Movie dan permainan online muzik.
5. Platform berkomunikasi
6. Bersosial
- Facebook, Twitter, Google + dan Instagram
7. Perkhidmatan
- Perbankan, penerbangan, hotel dan pelancongan
8.Berita terkini
- Dapat disampaikan dengan cepat.
9. Pendidikan atas talian
Melewati batasan ruang dan masa
Membuat
penilaian terhadap kandungan bahan yang dimuat naik atau muat turun
dari aspek etika dan kesan terhadap diri dan masyarakat.